BREAKING NEWS

Kamis, 28 September 2017

Kisah Mistis "kolor hijau" (asal usul munculnya si kolor hijau)


Kisah Mistis - ada yang percaya dan ada juga yang tidak percaya, tapi bikin heboh luar bisaa sekitar wilayah jakarta yang kemudia meluas sampai ke bagian jawa teng dan jawa timur. Begitulah sosok hantu yang memiliki sebutan sebagai si kolor hijau yang namanya sudah melegenda kejailan yang dibuat adalah mengerayangi tubuh para perempuan dan sudah banyak korban yang mengaku sudah digerayangi oleh hantu ini.tak sekedar meraba saja mahtuk tak jelas juntrunganya ini juga diceritakan doyan mendekam diatas tubuh perempuan yang sedang tertidur lelap.Malah siluman ini pun sering membuah heboh di TV dan di koran karena melakukan pemerkosaan pda banyak perempuan.

Tetapi banyak orang yang menggap kolor hijau hayalah sebuah cerita isapan jempol. Ya karena faktanya menurut temuan polisi memank begitu wujud siluman kolor ijo memank tak jelas.asal usul kolor ijo "mahluk buruk rupa berkolor hijau" itu juga gelap sama sekali yang makin menguatkan cerita itu adalah rekaan atau berupa pengakuan perempuan perempuan yang sudah menjadi korbanya.


Wujud Kolor Ijo

Kisah mistis Kolor hijau digambarkan sebagai lelaki yang berkepala botak,perut buncit dan berkolor hijau,usut punya usut terkuak bahwa sebenarnya kolor hijau adlaah salah satu bentuk pesugihan yang syaratnya harus memperkosa wanita baik yang remaja dan yang sudah berkeluarga demi mencapai apa yang diinginkan.



Fenomena tentang kolor Hijau ini ternyata berawal dari kasus pemerkosaan di kampung cijengkol kecamatan setu bekasi oktober 2003 korbanya sebut saja bernama tuti disikat didepan putranya yang berumus dua tahun serta mertua perempuanya pun menjado korban. Menurut pengakuan korban dan saksi melihat pelakunya sebagai lelaki yang bersenjata golok tetapi dia hanya memakai kolor yang berwarna hijau. karna kejadian ini warga pun memberikan julukan kepada pelaku sebagai si kolor hijau.

Berikut salah satu kisah mistis "kolor hijau" silahkan di baca: 


Hantu kolor ijo yang digambarkan oleh mangsa-mangsanya yang terselamat berhidung muncung, bertelinga lebar dan berbulu dipercayai jelmaan manusia yang sedang dalam usaha untuk menyempurnakan ilmu hitamnya. 

Kisah seram dan ngeri tentang kewujudan makhluk separuh manusia dan binatang ini bukan sahaja tersebar dari mulut ke mulut tetapi turut mendapat liputan meluas media massa utama negara ini. 
Masyarakat bertambah yakin apabila beberapa orang dukun cuba berkomunikasi dan menangkap kolor ijo mengesahkan kewujudan makhluk misteri itu. Malah ada cerita kononnya empat orang dukun yang cuba menangkapnya muntah-muntah. 

Akibatnya, banyak rumah di sekitar Bekasi, Depok, Bogor dan pinggiran Jakarta dipagari dengan buluh kuning dan daun kelor kerana dikatakan mampu menghalang kolor ijo daripada memasuki rumah mereka. 

Yang ragu-ragu dengan cerita hantu kolor ijo merasakan ia hanya khabar angin yang sengaja disebar menjelang pilihan raya umum sebagaimana cerita pembunuhan guru agama semasa pilihan raya umum 1999. 

Bagi mereka, cerita hantu berseluar dalam hijau itu sengaja disebarkan untuk mengganggu kelancaran pilihan raya agar masyarakat takut dan membuatkan Jakarta tidak tenteram. 

Begitu pun walaupun mula tersebar sejak Oktober lalu, cerita bernuansa mistik ini masih bertahan sehingga sekarang. Di Kampung Harjamukti, Depok umpamanya penduduk sehingga sekarang masih dibayangi dengan kolor ijo. 

``Benarkah ada, katanya dia sudah dihalau oleh dukun ke tempat lain. Sudah tidak ada lagi di sini,'' kata Nengsih yang tinggal menyewa di kampung itu sejak tiga tahun lalu. 

Menurutnya, setelah tersebar cerita kolor ijo, dia dan tiga orang kawannya takut untuk keluar rumah terutama pada waktu malam. 

``Pernah satu masa kawan saya yang pulang kerja lewat malam menangis kerana ketakutan. Rumah sewa kami kebetulan berdekatan dengan pokok beringin yang dikatakan menjadi tempat kolor ijo bersembunyi,'' ujar Nengsih semasa ditemui Mingguan Malaysia. 

Menurutnya, beberapa hari lalu empat orang dukun telah mengejar kolor ijo sebelum hilang di pokok beringin di kampung itu setelah mereka mengaku melihat dua kolor ijo berkeliaran di kampung berkenaan. 

Mengikut ceritanya, beberapa orang dukun dengan bantuan penduduk kampung berjaya menangkap kolor ijo yang dikenal penduduk bernama Warno manakala satu lagi melarikan diri. 


Tetapi anehnya, Warno berjaya melepaskan diri apabila secara tiba-tiba ada penduduk kampung yang ikut menangkapnya histeria. Warno kemudiannya menyembunyikan diri di pokok beringin. 

Penduduk dan beberapa orang dukun pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat kawalan di bawah pokok beringin itu tetapi malangnya sehingga sekarang Warno tidak turun-turun dari pokok beringin tersebut. 

Nengsih mengaku setakat ini belum ada penduduk kampung secara jelas melihat atau menjadi mangsa perkosaan kolor ijo yang digambarkan berhidung muncung, bertelinga lebar dan badan berbulu itu. 

``Saya pun hanya ikut-ikut nasihat penduduk dengan memasang daun kelor dan buluh kuning di depan pintu rumah. Takut kalau ia benar-benar wujud. Ikut katanya kolor ijo takut dengan benda-benda itu,'' tambahnya. 

Kawannya, Tri berkata, dia ragu-ragu mengenai kesahihan kewujudan makhluk misteri kolor ijo yang mempunyai kekuatan ghaib kerana sehingga sekarang belum ada bukti nyata. 
Cerita bohong

``Di pokok beringin itu juga ternyata tidak ada apa-apa. Dulu ramai penduduk kampung berkumpul di situ tetapi sekarang sudah berkurang, mungkin mereka sudah penat dengan cerita-cerita karut itu,'' kata Tri. 

Cerita hantu kolor ijo mula tersebar di kalangan masyarakat sejak Oktober lalu selepas kejadian rompakan dan rogol di Kampung Cijengkel, Bekasi. Mangsa dikatakan dirompak dan kemudiannya diperkosa oleh seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam berwarna hijau. 

Kes tersebut kemudian menjadi bahan perbincangan masyarakat Bekasi dan secara kebetulan pada 12 November lalu berlaku lagi kejadian rompakan di Kampung Cibuntu juga di Bekasi. 

Perompak berkenaan, Asep M Soleh yang jelas seorang manusia berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis setelah teruk dibelasah oleh penduduk kampung. 

Bagaimanapun cerita yang tersebar jauh dari kenyataan yang ada. Yang menjadi buah mulut masyarakat justeru makhluk halus berseluar dalam hijau dan selalu berusaha memperkosa wanita. 

Khabar angin itu diperkuatkan lagi dengan penangkapan seorang lelaki pada malam 12 November lalu. Lelaki yang kemudiannya diketahui gila itu mati setelah dibelasah penduduk kampung. 

Setelah diperiksa dia ternyata tidak memakai seluar dalam hijau seperti didakwa sebelumnya. Malah dia tidak pun memakai seluar dalam. 

Cerita mengenai kolor ijo diperkuatkan dengan pengakuan tiga wanita, Rosadah, 47, dari Kampung Bulak, Tangerang;Saripah, 35, dari Pondok Ranji, Ciputat dan Nurma Sito, 22, dari Lenteng Agung, Jakarta Selatan. 

Ketiga-tiganya mengaku termasuk kepada media massa menjadi mangsa makhluk misteri kolor ijo semasa mereka sedang tidur. Dari merekalah masyarakat mendapat gambaran bentuk kolor ijo. 

Bagaimanapun dalam siasatan polis yang akan mendakwa ketiga-tiganya di mahkamah kerana menyebarkan cerita bohong, mereka mengubah pengakuan dengan mengaku sengaja mereka-reka cerita untuk mencari sensasi dan mendapat bantuan kewangan. 

``Saya berbohong. Saya mencakar sendiri kaki saya. Semasa itu fikiran saya sedang kacau kerana masalah ekonomi sehingga timbul niat untuk melakukan perbuatan itu (mengaku jadi mangsa kolor ijo),'' kata Saripah, janda beranak tiga ini yang terpaksa berhari-hari ditahan di balai polis. 

Kesnya telah dilaporkan kepada polis oleh penduduk kampung setelah pada malam 25 Januari lalu Saripah menjerit-jerit meminta tolong kononnya telah diperkosa oleh kolor ijo. 

``Saya melakukan ini untuk mengalihkan perhatian masyarakat yang selama ini menganggap saya sebagai perempuan malam. Ini juga untuk menakut-nakutkan anak saya yang suka keluar malam,'' kata Saripah cuba berdalih. 

Rosadah pula dalam ceritanya mengaku didatangi oleh kolor ijo semasa dia sedang tidur bersama suami dan anaknya. Merasa seperti ditindih, Rosadah menjerit ketakutan dan melihat makhluk berbulu lebat serta berseluar dalam hijau melarikan diri menembusi dinding rumahnya. 

Tiga alasan
Suami dan anaknya yang kebingungan bagaimanapun tidak melihat apa-apa. Dalam kejadian itu bajunya koyak rabak manakala tali coli Rosadah putus. Tangannya juga terluka seperti dicakar. 
Begitu juga dengan Nurma yang diganggu kolor ijo sehingga bajunya koyak dan tangan kirinya pun luka. Pengakuan awal mereka memang membuatkan orang percaya mereka benar-benar menjadi mangsa kolor ijo. 

Ketua Polis Jakarta, Makbul Padmanagara menegaskan keyakinan polis mereka berbohong berdasarkan tiga alasan iaitu tidak ada saksi yang melihat kolor ijo selain ketiga-tiga perempuan itu. 
``Kedua, baju Rosadah dan Nurma yang koyak tidak mengikuti serat kain seperti seandainya dikoyakkan dengan tangan kosong. Luka-luka pada tubuh ketiga-tiganya dibuat sendiri sesuai pengakuan yang ada,'' katanya pada sidang akhbar menjelaskan hasil siasatan polis. 

Selain ketiga-tiga wanita itu, beberapa orang turut mendakwa menjadi mangsa kolor ijo tetapi kes mereka tidak begitu serius. Dariyanti umpamanya, yang tinggal di Jalan Kedondong, Jakarta pada satu malam mengaku ditindih oleh makhluk berseluar dalam hijau. 

Tetapi suaminya, Surya menjelaskan isterinya itu memang sering mengalami gangguan makhluk ghaib. Cuma kali ini agak berlainan kerana ada bekas dicakar di lengannya. 

Walaupun siasatan polis membuktikan kolor ijo yang menggemparkan masyarakat pinggiran kota metropolitan ini tidak wujud tetapi hakikat itu tidak dipersetujui oleh para dukun atau spritualis. 

Kumpulan spritualis, Satya Buana dalam pengakuannya seperti dipetik oleh beberapa buah akhbar umpamanya menyatakan kolor ijo benar-benar wujud dalam bentuk metafisika. 

``Ini kekuatan tenaga makhluk halus yang sedang meningkatkan ilmu dengan cara memperkosa perempuan lemah,'' kata Edi, salah seorang pemimpin kumpulan tersebut. 

Dia bersama beberapa anak muridnya telah menangkap gelombang tenaga yang bersumber daripada kolor ijo menggunakan kaedah resonansi. Menerusi kaedah ini, Edi telah berjaya menemukan helikopter Airfast yang terhempas di Kalimantan pada Ogos 1994. 

Di depan beberapa orang wartawan, Kharisma, anak Edi telah memanggil gelombang kolor ijo hingga memasuki tubuhnya. Dalam dialognya, kolor ijo mengaku berumur 2,000 tahun dan menjadi Raja Naroko, raja ketiga genderuwo yang akan menguasai Pantai Selatan. 

Adegan yang sukar diterima akal itu berakhir setelah Edi dikatakan berjaya menjinakkan kolor ijo dan memberi jaminan kolor ijo telah dipindahkan sehingga masyarakat tidak perlu resah lagi. 

Seorang ahli kriminologi Universiti Indonesia (UI), Tubagus Ronny pula semasa mengulas isu itu menyatakan ada tiga kemungkinan timbul cerita kolor ijo yang meresahkan masyarakat itu. 

Pertama, orang yang melakukannya mempunyai kelainan jiwa. Kedua, kolor ijo ialah anggota kelompok ilmu hitam yang biasanya menetapkan syarat aneh untuk mencapai tahap tertentu. 

Kemungkinan ketiga, ada usaha terancang daripada pihak tertentu untuk membuat masyarakat menjadi resah menjelang pilihan raya umum. Mana satu kemungkinan yang lebih rasional?


Jika ada yang mempunya Pengalaman pribadi tentang kejadian tentang yang mistis dan gamasuk akal dan mau saya angkat di blog ini sekalian berbagi informasi bisa email saya ya di aldowinarta8@gmail.com 

Share this:

1 komentar :

 
Copyright © 2014 Mereka Ada dan Mereka Nyata. Designed by OddThemes